Sunday, May 8, 2011

Manfaatkan masa cuti untuk dakwah


Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah kasih sayang-Nya, kita masih diberi rahmat untuk bersama dengan islam. Mari kita singkap semula seperti mana baginda Rasulullah S.A.W membawa islam dari peringkat sirriyah kepada pembentukan daulah islam madinah seterusnya makkah al-mukarramah. Dikenang jasa baginda Rasulullah S.A.W, membuatkan kita mengintrumentasi sejauh mana tarhiyyah terhadap islam.

Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 111,
" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (Sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Seterusnya Allah mengukuhkan insan berjual beli dengan Allah pada ayat seterusnya at-taubah 112,

" Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."

Dua ayat tersebut sudah cukup buat pembakar semangat dalam kerja dakwah.

Cuti akan berlangsung, maka sahabat Ikatan Mahasiswa Langkawi manfaatkan masa cuti ini dengan program bersama masyarakat terutama anak muda Langkawi. Mereka penyambung generasi dakwah di pulau yang tercinta. Dekatlah adik-adik kita yang masih lagi belajar di sekolah, tanamkan semangat cinta akan agama. Didiklah mereka supaya berjaya dalam pembelajaran.

Akhir kalam, apa yang baik datang dari Allah, apa yang lemah dan kurang adalah kelemahan diri sendiri.

Sekian, selamat pulang ke kampung halaman.

Fithri Bin Saad
Pengerusi Ikatan Mahasiswa Langkawi (IKMAL)

Monday, April 4, 2011

Buktikan cintamu pada-Nya

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?

" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "

(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran

Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya

Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "

(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

Tuesday, January 18, 2011

Pilihan Raya Kampus Kian Panas?



LANGKAWI- Pilihan Raya Kampus ataupun PRK kini kian terasa di seluruh kampus Malaysia. Ini kerana siri pertama PRK bermula di Universiti Industri Selangor (UNISEL)pada 17 Januari lepas untuk penamaan calon, manakala pembuangan undi pada 26 Januari 2011. Ramalan awal menunjukkan Pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding di kampus sana kerana tiada seorang pun calon Pro-Aspirasi diletakkan. Ini menunjukkan gelora kebangkitan mahasiswa mula kian menular di kampus-kampus terutamanya di UM, UPM, UKM dan sebagainya.

"Pola politik kampus sekarang lebih cendurung kepada Pro-Mahasiswa, saya menjangkakan pada tahun ini, adalah era kebangkitan mahasiswa akan mewarnai di setiap kampus-kampus di Malaysia," ujar Saudara Fithri Bin Saad, Pengerusi Ikatan Mahasiswa Langkawi (IKMAL).

Beliau menyeru kepada seluruh mahasiswa langkawi supaya bijak memilih calon yang terbaik untuk mewakili kebajikan mereka. Beliau juga menyarankan meimplimentasikan semangat daripada Pakatan Rakyat Langkawi yang mengadakan demostrasi aman mengenai ketidakpuasan hati terhadap media arus perdana.




" Saya bukan hendak melibatkan mahasiswa dengan politik luar, kita 'adapt'kan gelora daripada mereka atas ketidakadilan yang berlaku kepada kita sebelum ini," ujarnya lagi.

"MAHASISWA PINPIM DUNIA"

Tuesday, November 2, 2010

Takziah Buat Rakan Kita

Langkawi- Pada tanggal 1 November 2010, seorang mahasiswa Langkawi yang menuntut di IPTA tempatan telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.30 malam. Berita dapat diketahui melalui saudara di Langkawi dan laman sosial facebook. Rakan tersebut ialah Mohd Saiful Md Isa merupakan mahasiswa tahun 2 fakulti ekonomi, Universiti Malaya.

Pihak IKMAL tidak maklumat yang pasti, menurut cakap-cakap masyarakat di sana. Arwah mengidap penyakit yang tidak boleh diubati dengan teknologi moden, dia terpaksa menangguhkan semester pengajian pada semester lepas untuk perubatan tradisional. Menurut istilah islam, penyakitnya adalah disihir oleh seseorang yang ingin menjatuhkan atau tidak berpuas hati sesuatu perkara.

"Saya pernah berjumpa dengan arwah pada cuti hari raya puasa lepas. Saya melihat keadaannya amat teruk kerana wajahnya cekung tetapi perutnya kembung atau busung," ujar Fithri,Pengerusi IKMAL.

"Saya memkonklusikan bahawa dia terkena santau ataupun sihir," ujar lagi Fithri.

Budaya sihir merupakan amalan yang menyebabkan syirik serta boleh membatalkan iman. Pihak IKMAL berharap keluarga arwah dapat menghadapi masa-masa hadapan, kuatkan iman, moga Allah membalas perbuatan orang yang tidak berhati perut. Akhirnya sekali, sama-sama kita menghadiahkan al-fatihah kepada arwah, Al-fatihah..

Sunday, October 31, 2010

Exam Mode..





SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA MAHASISWA LANGKAWI


" KITA CURAHKAN USAHA DAN KOMITMEN SEPENUH HATI, NATIJAHNYA KITA TAWAKAL KEPADA-NYA"

~IKMAL~

Wednesday, October 20, 2010

ZIKRUL MAUT.....



“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”

(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)

Mau'izah (Peringatan)




قوله تعالى: لكل أمة أجل إذا جاء أجلهم فلا يستئخرون ساعة ولا يستقدمون.

Maksudnya: bagi setiap umat mempunyai ajal (batas waktu), apabila tiba ajalnya, mereka tidak dapat membuat penundaan atau percepatan sesaat pun. (surah Yunus: 49).


Pada hari ini 20 Oktober 2010 merupakan hari yang bakal diingati oleh salah seorang sahabat kita , saudari Anis Hamizah Hamid, mahasiswa persijilan di Darul Quran, Kuala Kubu Baru yang telah kehilangan ayahnya pada pagi tadi. beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik- beradik di harap tabah menerima ujian ini. kami dari pihak IKMAL mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau dan moga di beri kekuatan dari Allah untuk menerima ujian ini.sama- sama kira sedekahkan al-fatihah buat ayah beliau. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahnya. AL-FATIHAH.


Allah memberi peringatan kepada kita dengan banyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan tentang hari kiamat, kematiaan, azab dan balasan syurga serta neraka. sebagai hambaNya maka perlu lah kita untuk mengambil istifadah atau pengajaran untuk bekalan dalam perjalanan hidup kita untuk menuju negeri abadi. kematiaan yang berlaku di sekeliling kita adalah peringatan yang terbaik kerana kita juga akan kembali kepadaNya. cuma masa dan waktunya adalah di rahsiakan agar kita sentiasa bersedia.

sisa masa yang masih kita ada ini, gunakan sebaiknya untuk membaiki segala kesilapan dan mempertingkatkan amal ibadat kita kepadaNya dengan pelbagai cara dan kaedah. Allah sentiasa kasih kepada hambaNya dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk mendengar rintihan taubat hambaNYa. firman Allah yang bermaksud: " berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan padamu". ini adalah bukti Pemurahnya Allah terhadp kita, cuma kita alpa dan leka sehingga lupa siapakah kita, sekadar setitis air mani yang mani, apabila di campakkan ayam pun tidak makan, itik pun tak sudu. jangan lah kita angkuh dan bongkak dengan nikmat yang kita ada, dan kita terlupa semua yang kita punya adalah milikNya.


ayuh muhasabah bersama. ini peringatan buat diri penulis dan pembaca yang budiman.



~jiwa sufi, minda haraki~